Sunday, December 5, 2010

Rahsia KepeRibadiaN di sEbaLik aLamat e-mel sesEoRaNg...jeng..jeng!

Pagi nie saye memang takde kerje(owh! bukan hari-hari ko tak de keje kan?),tersipu.=.=".So hari saye nak share something kat korang semua...article nie saye cilok kat fesbuk seseorang...banyak sungguh 'note' bergune yang die share kan...so, tak salah kan kalau saye share kat orang lain juge..sharing is caring rite?
Artikel di bawah cuba menyingkap tentang rahsia keperibadian seseorang melalui emel yang digunakannya. Mari kawan-kawan kita baca artikel ini untuk mengetahui sangkut pautnya rahsia keperibadian seseorang tersebut melalui alamat emel orang itu... Ini hanya untuk suka-suka saje... Jangan percaya sangat.

Nama Penuh
contoh : azrulsallehmdamin@yahoo.com
Ia menggambarkan bahawa dia seorang yang penuh tanggungjawab dan tidak suka berahsia. Dia juga boleh dipercayai dan jujur dalam setiap perbuatannya. Tapi ingat, jangan cuba hendak memperlekehkannya.(nanti naik lak darah tinggi)

Nama Depan Dan Tengah
contoh : azrulsalleh@yahoo.com
Tanpa nama bapanya ia menunjukkan bahawa dia seorang yang sangat menghargai dirinya sendiri dan sanggup ketepikan hal orang lain demi kepentingan sendiri.(wah bagus sungguh,,bertuah ibu mengandung). Selain itu dia juga berani untuk tampil di khalayak ramai dan mengeluarkan pendapat dengan lantang.

Nama Dan Tahun
contoh : azrulsalleh2009@yahoo.com
Dia dikatakan seorang yang mempunyai ego yang tinggi. Pantang sesiapa yang cuba menentang pendapatnya.(nie kepala besar nie). Selain itu dia juga tidak sukakan komitmen dalam jangka masa terdekat ini. Kewujudan tahun di akhir nama seolah olah memperlihatkan dia tidak luas pandangan. Pendek kata dia juga menunjukkan pegangan yang mudah berubah-ubah.

Nama Samaran
contoh : sikacaklagihensem@yahoo.com
Hehehe... yang nie ramai yang suka buat email begini.. Dikatakan seorang yang gemar hidup dalam khalayan hingga kadangkala menyusahkan orang lain.(ish3 suke berangan rupenye =.=") Namun dia disukai ramai kerana sifat humor yang dimilikinya membuatkan orang selesa berada di sisinya. Jika diasah dia boleh menjadi pemimpin dengan gaya yang tersendiri.

Nombor Dan Abjad
contoh : klm567@yahoo.com
Ia menggambarkan seorang yang bersikap tertutup dan memerlukan masa yang agak lama sebelum mampu "membuka" dirinya kepada seseorang. Itupun jika kepercayaannya mampu diraih.(setia sungguh die nie!). Jika tidak ... kirim salam saje lah...=p


Okay..saye da dapat mane satu ciri peribadi saye..ehehe..ader yang betul n ader yang hampir betul...tapi takpe la nie sume just for fun...
okey la...perhatikan alamat emel korang. Bagaimanakah dengan peribadi korang? Padan tak dengan perkara yang dinyatakan diatas.Sekali lagi saya ingatkan, jangan percaya bulat-bulat perkara ini. Anggap je untuk suka-suka saje. :)

No comments:

Post a Comment

~Rakyat Jelita~