Thursday, December 2, 2010

TiMeLesS LovE [korean short story]

[Choi Si Won - Super Junior]



[Tiffany - Girls Generation]



[Tae Yeon - Girls Generation]
...


Latar Tempat: Berlaku sekitar London.

~Korean Short Story Malay Version~



Semuanya bermula pada hari itu...."Arghh!" Tae Yeon menjerit.
Lelaki itu terkejut melihatnya.
" Keluar! Keluar!" Dia menolak lelaki itu sehingga keluar dari tandas.
Lelaki itu terkejut dengan sikapnya yang ganas tiba-tiba.
"Awak tak reti baca signboardkah? Ini tandas perempuan!" Tae Yeon memarahi lelaki itu.
Lelaki itu menuding jari ke arah pintu tandas tersebut.
"Tengok signboard pada pintu tu elok-elok!" jelasnya.
Tae Yeon menoleh ke belakang.
Aduhai malunya! Rupa-rupanaya dia yang tersilap masuk tandas lelaki.
Lelaki itu ketawa kecil melihat wajah Tae Yeon yang merah padam.
"Minta maaf banyak-banyak!" Tae Yeon menundukkan kepalanya berulang-kali pada lelaki tersebut.
Lelaki itu tetap menelitinya.

"Awak ni dari Koreakah?" Lelaki itu bertanyakan kepada Tae Yeon.
"Ya" Tae Yeon membalas walaupun masih berasa malu. "Awak?" "oh, saya pun orang Korea. Saya Siwon, Choi Si Won." Lelaki itu senyum dan menghulurkan tangan untuk berjabat.
"Saya Tae Yeon, Kim Tae Yeon." Tae Yeon berjabat tangan dengannya.Tangannya sungguh suam.
"Awak belajar di dinikah?" Siwon bertanya lanjut pada Tae Yeon.
"Ya. Saya mahasiswa jurusan seni universiti ini.
Tahun ini masuk tiga tahun saya belajar di sini." balas Tae Yeon.

"Wow! Nampaknya nasib saya bertuah!" nada Siwon teruja.
"Saya pelajar baru di sini, jadi amat susah untuk menyesuaikan diri." senyum Siwon.
"Jadi?" Balas Tae Yeon. "Jadi, boleh awak tolong kenalkan persekitaran di sini kepada saya?" Siwon mengharapkan persetujuan Tae Yeon.
"Baiklah, tapi saya ada hal." Tae Yeon mengeluarkan sehelai kertas dan mencatat nombornya.
Kertas itu diberi kepada Siwon.
"Tralfagar Square,pukul 3 petang. Nombor telefon saya ada pada kertas itu." Tae Yeon membuat temu janji bersama Siwon.

Selepas itu, Tae Yeon minta diri kerana suday terlewat untuk mengulang-kaji bersama Tiffany, kawan baiknya.


Walaupun lewat, perbincangan Tiffany dan Tae Yeon tetap berjalan lancar.
"Awak sudah makan ubat?" Tiffany sering bertanyakan soalan itu selepas tamat perbincangan.
"Sudah." Tae Yeon membalas dengan senyuman.
Dalam hidupnya,hanya Tiffany yang tahu bahawa dia menghidapi kanser.
Ibu bapanya sendiri juga tidak tahu akan hal ini.

Selepas selesai menyusun buku, Tae Yeon menceritakan detik perkenalannya dengan Siwon kepada Tiffany.
Tae Yeon mengajak Tiffany untuk ikut serta temujanji bersama Siwon eson dan dia bersetuju.



Angin di kota London agak sejuk.
Tae Yeon dan Tiffany menuju ke arah Siwon yang melambai ke arah mereka.
Kemudian Tae Yeon memperkenalkan Tiffany kepada Siwon satu sama lain.

Mereka kemudian membawa Siwon merata tempat di sekitar London.


Dari saat itu, mereka berkawan rapat dan sering keluar bersama.
Sepanjang perkenalan,kemesraan Siwon membuatkan Tae Yeon jatuh hati padanya.
Tetapi Tae Yeon sedar dia tidak mungkin akan bahagiakan Siwon.
Penyakit yang dialaminya akan membebankan Siwon sahaja.


Pada satu hari, Tae Yeon dan Siwon keluar berdua ke sebuah tasik pada waktu malam.

"Saya paling suka tempat ini." Tae Yeon bersuara.
Tangannya erat memeluk tubuhnya.
"Kenapa?" tanya Siwon.
"Saya rasa tenang,nyaman sekali. Nak nangis,ketawa atau jerit seesuka hati di sini pun rasa puas!" memandang ke arah Siwon.
"Cuba awak jerit!"
"Huh!?" Siwon terkejut.
"Jeritlah! Macam ini....Ahhhhhh!" Tae Yeon menjerit sekuat hatinya.
Siwon pun turut menjerit sekali.
Mereka berasa gembira dan ketawa sepuas hati sejurus selepas itu.

Malam itu nampak begitu indah bagi mereka.
"Tae Yeon." Siwon memandang tepat kepadanya.
"Awak buat saya rasa hebat dalam hidup saya.
" Tae Yeon tidak mengerti kata-kata Siwon.

Siwon mengeluarkan sebentuk cincin dalam kotak kecil dari poketnya dan dihulurkan kepada Tae Yeon.
Siwon berlutu.
"Selama ini saya cintakan awak Tae Yeon, sudikah awak menjadi teman wanita saya?" nada Siwon begitu mengharap.
Tetapi Tae Yeon terpaksa menolak.

"Tidak! Saya tidak boleh terima cinta awak...Selamat tinggal." Tae Yeon berlari pergi sambil menangis.
Siwon memanggil dari jauh. Siwon terkejut dengan perubahan Tae Yeon tiba-tiba.


Tae Yeon kembali ke rumah menaiki teksi.
Tiffany menunggunya di sofa. Sejurus selepas Tae Yeon memasuki rumah....
Tae Yeon! Kenapa awak keluar bersama Siwon,tidak mengajak saya?" tanya Tiffany. "Siwon ajak saya keluar untuk lepak sajalah.Tiada apa yang istimewa." Tae Yeon menipu.
Tiffany mendekati Tae Yeon.
"Oh,nasib baik...Awak tahukan yang saya ada perasaan pada dia." Tae Yeon memegang bahu Tiffanye.
"Tiffany, sungguh pun saya mencintai dia, tapi saya sedar penyakit saya ini tidak akan membahagiakan Siwon." jelasnya.

"Jadi apa perasaan awak pada Siwon sekarang?" tanya Tiffany.
"Siwon bagi saya hanyalah kawan baik.
Tetapi kalau betul awak cintakan dia,jangan lepaskan perasaan awak sebab dia lelaki yang sempurna." terang Tae Yeaon.
"Terima kasih!" Tiffany memeluk Tae Yeon kerana memberi semangat kepadanya tetapi jauh sudut Tae Yeon,hatinya terluka.

Keesokan harinya. Siwon ingin berjumpa dengan Tiffany untuk mendapatkan kepastian.
Tiffany pula ingin meluahkan perasaaan cintanya kepada Siwon.

Ketika di Cafe, Siwon mula bersuara.....
"Tiffany,saya ingin berjumpa dengan awak sebab saya nak tanya sesuatu." Tiffany menjadi teruja.
"Tanyalah." Tiffany sudah salah faham.
"Semalam,saya meluahkan perasaan cinta pada Tae Yeon,tetapi dia menolak.
Saya ingin tahu kenapa?" Tiffany terkejut dengan kata-kata Siwon.

"Please tell me if you know..." nada Siwon mengharap.
Tiffany rasa serba salah.
"Sebenarnya Siwon....Tae Yeon menghidap kanser setahun yang lepas.
Mungkin dia menolak sebab dia fikir awak tak akan bahagia bersamanya." jelas Tiffany.
Walaupun Tiffany menyayangi Siwon tetapi dia lebih sayangkan Tae Yeon.
Siwon terkejut dan bangun dari kerusi.

"Di mana dia sekarang?" tanya Siwon terpinga-pinga.
"Dia kata ke suatu tempat untuk berseorangan. Tapi saya tak tahu di mana!" balas Tiffany.
"Tidak mengapa.Selamat tinggal." Siwon berluru keluar dan berlari menuju ke sebuah tasik.


Ketika itu,Tae Yeon menghadap ke arah tasik itu.
Siwon lalu memeluk Tae Yeon dari belakang. Tae yeon terkejut dan berpaling.
"Saya cintakan awak,Tae Yeon!" luah Siwon.
"Siwon,awak tak pahamkah yang saya tidak boleh terima!" tegas TaeYeon.

"Saya faham dengan jelas sekali." balas Siwon.
Tae Yeon binggung. "Sebab awak menolak cinta saya.
Tiffany sudah beritahu semuanya!" jelas Siwon.
Tae Yeon terkejut.
"jadi awak sudah jelas yang saya tidak akan bahagiakan awak!" Tae Yeon Menangis.

Siwon mengesat air mata Tae Yeon
."Kalau awak tak boleh bahagiakan saya,biar saya bahagiakan awak." Siwon memegang erat tangan Tae Yeon.
"Penyakit tu hanyalah cabaran dalam hidup,benarkan Siwon menghadapi bersama Tae Yeon.
"
Tae Yeon tidak menyangka yang Siwon akan berkata sedemikian. Tae Yeon terkesima.
"Saya cintakan awak!" Tae Yeon meluahkan perasaannya pada Siwon.


Mereka berdua berpelukan antara satu sama lain disaksikan keindahan alam yang tenang.

"Saya selalu impikan kata itu daripada awak." nada Siwon sangat terharu.
"Terima kasih,Tae Yeon."



-The End-

~Rakyat Jelita~