Tuesday, October 11, 2011

Anda Tahu?: Gerak Jari Mengambarkan Personaliti Diri

Salam u'olls!

Lamenye tak hupdate blog kan,so hari ini nak update la memandangkan followers dah semakin meningkat terharu pulak. Tak sangka komen aku yang bersepah tu boleh buat korang follow blog nie,ish! huduh benor taste korang. okbai.

So,dengan terharunye aku nak share korang something yang bermanfaat sikit.[so,entry sebelum nie ta bermanfaat la?]. Hah okay abaikan suare-suare halus tu. meh bace sikit entry kat bawah nie.




Korang sedar tak gerak jari korang tu boleh memberi sedikit gambaran tentang personaliti diri korang? mesti ramai yang tak tau kan. Nie la bende yang bermanfaat aku nak share kat korang sume.
Tapi macam mane nak kenali personaliti dari gerak jari? So,bace lah article kat bawah tu:

Memicit atau memegang hidung
- Tidak mudah tertipu dan sangat berwaspada dalam apa juga tindakan yang dilakukan.
- Seorang yang pemalu dan sukar untuk berkongsi rahsia besar dengan orang lain kecuali orang yang benar-benar dipercayainya.

Meletak tangan pada bahu kawan
- Suka ikut kepala sendiri.
- Pentingkan diri sendiri.
- Teman yang sangat mengambil berat dan prihatin terhadap masalah yang dihadapi oleh teman-teman rapat.

Bermain dengan tangannya
- Mempunyai tahap humor yang tinggi.
- Pandai berjenaka.
- Bersikap terbuka dan dapat menerima kritikan atau pandangan orang lain tanpa ambil hati.
- Jenis 'open minded'.

Mematahkan jari jemarinya
- Seorang yang gugup dan kurang yakin untuk berbicara dengan orang lain.
- Baik hati dan sedia membantu sesiapa saja.

Menggigit kuku
- Gugup dan gementar bila berbicara.
- Agak tertutup dalam membicarakan rahsia hati.

Memintal hujung rambut
- Suka berkhayal.
- Sukar diperdayakan.
- Keras kepala.

Menongkat dagu
- Pendengar yang setia dan rahsia akan selamat ditangannya.
- Suka mendengar masalah teman-teman.
- Setia dalam persahabatan.

Suka letakkan tangan atas meja
- 'Happy go lucky' dan pandai menyesuaikan diri.
- Peramah.
- Suka bergantung pada orang lain.

Menggosok 2 telapak tangan
- Ramah dan berfikiran matang.
- Suka berterus terang dan tidak suka cakap berbelit-belit.
- Mudah memahami perasaan orang lain dan suka membantu.

Memutar cincin
- Sangat menepati janji.
- Berhati-hati dlm tutur kata.
- Gemar hidup yang teratur.

So,macam mane dengan jari-jemari korang? :)



p/s: sumber boleh didapati dalam majalah DARA.
okbai!

No comments:

Post a Comment

~Rakyat Jelita~