Tuesday, February 28, 2012

Clearance! Gud Bye Arau!

Salam uols!
27/2/2012,clearance kat UiTM Arau,Perlis memang menjadi ingatan lah.1st plan nak pergi dengan ex-roomate,Myra tapi disebabkan kemasukan next semester tak dapat duit WPP(Wang Pendahuluan Ptptn).So,Myra pon cancel last minit.

Tinggal lah aku sorang tak buat lagi clearance jadi aku pun menculik sorang kawan aku yang dari Pendang nie,Nard name pemes die hehe. Nard nie budak UiTM Shah Alam. So,aku culik Nard kejab untuk temankan aku ke UiTM Arau. Drive dengan die je lah. Ingatkan dapat habiskan clearance dalam setengah hari tapi satu hari jugak aku kat Arau untuk settle kan clearance. Then,ade one time toh time aku nak parking dekat depan dewan aku tercalar kereta orang.KAHKAHKAH! Dah la calarkan kereta orang pastu buat muke tak bersalah macam takde pape berlaku.

Bukti kejadian seperti kat atas tu.
Haha okay itu saja kenangan clearance kat uitm Arau.
Lepas clearance pon habis pukul 4.20pm.Apa lagi nak buat kami pon melencong ke Padang Besar,memandangkan Nard nie 1st time datang Perlis,aku bawak lah die pergi makan angin walaupun masa dah agak lewat,aku pecut je kereta. Setengah jam jugak sampai Padang Besar daripada uitm Arau tu.Bhaha! Laju drive tu tak pasti pula bawa berapa.KEHKEH!

Satu je yang aku tak puas hati time clearance tu,aku tak boleh ambil mini transcript dah lah penat-penat bayar kat kewangan semata-mata nak print transcript tu tapi website tu offline.so,HEA tak boleh print transcript aku. Entah kenapa Arau nie masih lembab macam dulu. Haish! Dah la offline tak nak post pulak tu.Berkira sungguh!
Aku perlu kan transcript tu untuk transfer credit masuk sem baru nie. Serabut aku pikirkan pasal Uitm.So,aku pun plan bawak Nard pegi bersiar-siar kejab.

Bersiar-siar dalam setengah jam,then balek Pendang.
On the way balek ke Pendang pon hujan guruh petir pon ada,time on the way Padang Besar ke Changlun lah hujan lebat gila.Drive pon maintain 80-100per/km hehe. Nasib baik lah naik highway jalan besar sikit dan one way kan. Selamat boleh bawak slow kat line kiri. Sampai kat Jitra hujan dah slow,tapi trafict jam pulak,balek time kerje memang tak dapat nak elak.Lepas Jitra je pecut terus ke Pendang.HAHAHA! Memang aku tak pernah drive kereta time hujan lebat plus malam pulak tu.Nie kira 1st time lah bawak pulak tak boleh nak slow kan.HAHAHA memang gila ah nasib baek Nard banyak tolong aku lapkan cermin kereta yang berwap tu. Dan terima kasih jugak dekat Abang KACHAK yang menaiki motokar semalam. Dah la ensem gentlemen pulak tu.Die potong aku pastu suruh aku buat suatu,macam tangan die bagi signal dah la time hujan kan.memang aku tak paham la. Kalau pikir-pikir balek Mesti ada something wrong dengan kereta. So,baru aku perasan rupenye aku tak buke lampu kereta.Haish! Careless betul aku memandu.Aku tengok cerah lagi jam 7pm tu,cuma mendung hujan tu lah yang buat gelap sedikit.Tapi takpe disebabkan Abang kachak aku bukak la.Hohoho!

By the way,aku dan Nard sampai Pendang dalam pukul 8pm.Hebat tak? Bertolak dari Padang Besar pukul 6.30pm sampai Pendang pukul 8pm. Well,nak kata drive slow tak jugak la sebab kat highway kereta laju-laju.

Ok lah itu saja nak update.

Thank you kepada Nard sebab rela hati diculik ke Perlis.Thanks to Lia & Hany sebab sudi jumpe kami. Wiwiwi!

Salam~
Published with Blogger-droid v1.7.4

2 comments:

  1. aku dah rase mcm aku bace diari org dah. ish.

    ReplyDelete
  2. syealll kan kau.biase la..blog aku memang macam nie ta suke menunjuk sangat.hihihiks.

    ReplyDelete

~Rakyat Jelita~