Saturday, April 23, 2016

Travelogue : Chapter 3



Hi apa khabar semua?
Dah lama agaknya saya tak post apa-apa update untuk ruang blog saya. Sampai dah lupa macam mana nak update template blog..Ouh nampak different yea? saya update kembali dalam bahasa kebangsaan. hmm sebab hari nie nak cerita banyak..OH MY ENGLISH! Berehat sebentar untuk post akan datang.

Hari nie nak campak memori travel dalam Malaysia sahaja. Agak lama tak berblog sejak resign dari CIMB last time, last post pun ntah bila.HAHAHAHA maaf la sibuk cari kerja. Memang agak lama, hari nie je dah April 2016. Saya resign March 2015 agak berhabuk blogspot saya. *garu kepala*

So tajuk hari nie "Percutian Bersama BUMAS Group".

Ouh post ini hanya kesimpulan untuk semua trip yang di anjurkan oleh BUMAS Group. Sebenarnya ade dua tiga post kalo nak buat tapi saya agak malas, so saya gabung sekali ye.

BUMAS group nie bermaksud, BUJANG MASA STUDY. Group di buat oleh kawan saya, Sharifah Nur Atika(Ika). Dulu time die study kat IPB buat group nie, Sejak saya duduk KL dulu saya selalu jugak la keluar dengan Ika, so secara tak langsung, saya kenal kawan-kawan lama dia. hihi. So upgrade masok dalam group BUMAS.

Post Combine kali nie, kita akan kembali ke Percutian Port Dickson & Langkawi & Genting Highland.


November 15, 2014 : PORT DICKSON

Kalau ingat-ingat balek ini time saya nie saya masih di CIMB lagi masih bertahan.



check- in Water Front Paradise & Spa Hotel PD


Pada masa nie, ingat lagi ada kawan Ika sorang, Rahil nama dia. Ouh saya kenal dia di UiTM Shah Alam jugak, die roomate kepada Ika, secara tak langsung saya kenal jugak. Rahil Join trip kiteorang, pada mulanya trip nie kami cuma nak vacay secara sepontan and nak jalan-jalan balek hari, sebab Port Dickson dan Bangi takde lah jauh mana. Kononnya nak jalan-jalan cari makan sambil melawat 3D art Muzium di Port Dickson.

Tapi semua plan ke laut. hahaha. Biase lah main redah je kan. Tetibe time tu Rahil nak ikut sekali, dia nak ikut tapi dia nak habiskan dulu Training dia kat Public Mutual EBC Training.

So, ika dan saya pegi la dulu Port Dickson, check-in hotel. ouh itu ja hotel yang murah time tu. Water front Paradise & Spa Hotel Port Dickson agak tertipu dengan lokasi hotel tu. Ingat berdepan pantai. Sah sah la nama pun water front mesti ada teluk je depan hotel tu. HAHAHA. 

Tapi nasib baik hotel cantik ala ala boutique hotel camtu, cuma bilik agak kecik. Standard la bilik cantik tapi kecik termasuk Breakfast RM130 untuk semalam.

Setelah Rahil datang, sementara tunggu Ika bersiap.

Setelah Rahil sampai, kami pun keluar dari Hotel dan menuju ke Pantai Teluk Kemang bertentangan dengan Hotel Sri Malaysia. Memang aktiviti wajib adalah menaiki Banana Boat. Disebabkan kami 3 orang saje, naik Banana Boat agak la mahal tapi nasib baik ada Cik Rahil yang pandai berkata-kata so, dapat la naik Banana Boat sekepala RM10 harga biasa sebenarnya.

Thank you Abam Boat yang campak kami kat tengah laut walaupun kami sememangnya taknak.
Memang aktiviti wajib sebenarnya naik Banana Boat nie, tapi bila naik perlu lah cakap taknak kena campak di tengah lautan, agak extreme sebenarnya banana boat nie bila kena campak di tengah lautan. Yeah! Ini pengalaman yang sangat awesome, sebelum nie naik Abam boat yang baik hati cuma campak kami di persisiran pantai. Ini kali memandangkan dia tengok kami cuma budak remaja yang gila-gila, Abam boat jugak gila campak kami di tengah lautan. Memang best dapat naik sampai 20min lamanya. Lepas tu kena campak 2,3 kali sampai nak nanges. Terima kasih kepada Life Jacket, kerana Life Jacket saya hidup lagi dan bersyukur Allah panjangkan waktu saya lagi.


Aktiviti  Banana Boat, tak boleh move on



Kami cuma bertiga pakai baju tidur HAHAHA


otw nak balek KL


Acara sampingan

Selepas mencuci mata di Port Dickson, kami kembali ke Bangi pada ke esokkan  harinya dan sambung berjalan-jalan di Putrajaya Botanic Garden sambil menikmati Satay Kajang. Pada keesokan harinya pula, saya dan Ika pergi ke Graduation Party untuk Rahil di AIA Jalan Ampang, ini cuma aktiviti sampingan, Disebabkan Mak Ayah Rahil tak dapat datang, kami sebagai kawan datang untuk makan free, HAHAHA. Okay ikhlas kami datang tau.




March, 14th 2015 : LANGKAWI

Bila orang tengok saya sejak jadi penganggur nie asyik kerja bercuti sahaja. Mungkin orang cuma nampak saya bahagia. Ouh dalam hati, nak je cakap saya nak duduk rumah je, fokus untuk pohon kerja. Tapi sejak jadi penganggur nie saya banyak terima offer sebagai pemandu pelancong tak bertauliah. Eh rezeki tu jangan la mengeluh.

Ya the next two days, saya terbang ke Langkawi pulak bersama group BUMAS. Kali nie hampir semua ahli group ada. Saya di lantik oleh Ika untuk jadi co-pilot untuk trip nie, memandangkan ramai ahli group yang dah lama and tak pernah jejak kaki di Langkawi. So, saya yang merupakan anak Kedah celup bertanggungjawab memandu dan menunjuk jalan. Memang 1st dapat offer tu siap memang kata "TAK NAK" walaupun mereka, kawan saya yang sponsor dari tiket flight sehingga hotel. Ouh sememangnya saya agak tebal muka untuk pegi tapi bila dah cair dengan pujukan Ika, saya pun pegi lah. 

Mereka nak belajar macam mana nak travel walaupun kat negara sendiri. Macam mana nak beli tiket dan booked hotel. Haish kita boleh terpikir kan kenapa la ada lagi orang yang tak reti beli flight, padahal perkara sesimple gitu pun kita boleh google kan.
Tapi takpe la saya ajar basic je tapi saya tunjuk ajar dan suruh mereka buat sendiri.

Perjalanan kami bermula di KL sentral on 14th March 2015. Semua ahli wajib ada di KL sentral pada pukul 8 pagi kecuali Rahil(rahil tinggal kat seremban so die tunggu kat klia2 terus). Cukup la waktu dari KL sentral ke KLIA2 mengambil masa sejam. Sempat kejar flight pada 10.30 pagi.

Walaupun saya sudah cadangkan untuk semua tunggu di KLIA2 tapi semua minta saya tunggu kat KL Sentral disebabkan ada di antara mereka taktau nak ke KLIA2.

So back to basic. Start from A to Z.

Mereka yang terlibat adalah Ika dan paan(couple) , Sya'edah dan Hafiz(suami isteri), dan saya seorang.

So kami 5 orang yang dari KL sentral pun menuju ke KLIA2 menggunakan ERL waktu tu harga ERL murah lagi dalam harga RM30 untuk sehala. Kira murah lah kalo nak compare sekarang.

Perjalanan ke KLIA2 ambil masa sejam, kami sampai pada pukul 9pagi. Jumpa Rahil di KFC, KLIA2. Breakfast sebentar di McD. Pukul 10am kami berenam check-in masuk ke Departure Hall.

Nasib la ada Rahil pasangan bujang saya, yang lain adalah suami isteri dan couple. Sangat tak suka join travel group yang bawak pasangan tapi takpe la nanti jumpa la jodoh saya. HOHOHO

Sampai di Langkawi Airport pada pukul 11.50 am macam tu, kami ambil kereta sewa dari Din Langkawi, okay la untuk kereta Avanza kami dikenakan charge sebanyak RM120 sehari. Kami ambil kereta sewa untuk 4hari. 

Sampai je di Airport, kami direct pegi Adlina Hotel di Pantai Chenang. Untuk jimatkan kos kami amek 2 bilik keluarga. Satu untuk perempuan dan satu untuk lelaki. Adlina hotel Family room harga around RM150/per night ada satu queen bed dan extra single bed.
So far bilik besar dan memuaskan.  Plus ada outdoor swimming pool dan dekat dengan Pantai Chenang.


Gamba depan bilik hotel

Sebelah Adlina Hotel ade kedai makan, so kami makan tengah hari kat situ je tapi dah tak ingat nama kedai apa tapi agak mahal lah makan tengah hari kat Pantai Chenang. so next trip kalau nak makan murah pegi kedai makan dekat area Airport atau Kuah sahaja.

Lepas makan balek hotel rehat jab, petang selepas Asar kami pergi main Banana Boat, so ada 6 orang cukup untuk satu Banana Boat yang penting nya kali nie lagi lama dari main yang kat PD last time, maybe sebab laut kat Langkawi nie lebar sikit agaknyanya. Harga tetap sama RM10/per head. Jangka masa 30min.

setelah penat berkebun XD



Ika & Rahil


Selepas main Banana Boat Mandi Swimming pool pulak

Tapi kali nie Abam Boat tak de nak tolong ambilkan gambar kiteorang beramai-ramai maybe sebab waktu cuti sekolah tak sempat nak ambilkan dah ada orang que nak main Banana Boat pulak. Lepas main Banana Boat kami balek hotel dan main swimming pool pulak.

Aktiviti malam adalah bebas, ye lah kalau keluar travel dengan mereka yang berpasangan memang malam tu aktiviti bebas la.hihihi. So malam lepas maghrib kami keluar makan malam dan berjalan-jalan sekitar pasar malam depan Aquarium Chenang tu.

Pada keesokan harinya kami pagi-pagi pegi beli nasi lemak dekat pantai chenang disebabkan hotel kami tak provide breakfast. Lepas breakfast kami keluar jalan2 kat pantai. Dalam pukul 9pagi macam tu kami berenam singgah di kedai tepi simpang laman Padi sebelum menuju ke cabel car. Nasib baik kedai nie banyak pilihan lauk. so far harga affordable maybe sebab kawasan jauh sikit dari pantai Chenang.

Payung gambo sebelum naik cable car

Dah sampai kat atas

Pemandangan dari atas cabel car


Bayaran untuk Cable Car jumlah keseluruhan dalam RM30/per head itu kalau korang ambil yang basic je la. Kalau combo harga lain, nak tau lebih lanjut boleh google official website SkyCab Langkawi orite.
Okay nak belanja gambar tu je.. selepas g cabel car kami direct ke Padang Matsirat. Petang tu diorang masuk makam Mahsuri, sejak saya dah tau ada apa dalam Makam Mahsuri terus saya malas nak masuk dah, So mereka berlima masuk  dan saya just tunggu luar, merayap tengok kedai kat luar dan makan-makan.


Settle lawatan di Makam Mahsuri kami gerak ke Kuah, masa untuk shopping. Kami sengaja shopping malam sejuk sikit. Kalau shopping tengah hari agak panas. Ouh Langkawi time tu sangat panas. Tak tau lah kenapa pantai-pantai kat Malaysia nie sangat panas. 

So hari ke-3 pulak kami buat island hoping, pegi Tasik Dayang Bunting dan Pulau Lang.


Tu Dayang yang Bunting dan di sumpah jadi la Pulau Dayang Bunting hihi

Okay tu cuma dongeng,rekaan cerita yang dibuat oleh saya, cerita sebenar tak sempat nak baca tapi adalah kisahnya, cuma saya tak berapa suka subject sejarah tu yang tak menyempat nak baca hihihi.



Selepas turun boat, kita welfie dulu..

Sampai-sampai kat Pulau Dayang Bunting kena trekking sikit

Sampai-sampai kat pulau kena jalan melalui trek bertangga lepas tu korang akan jumpa monyet atau kera, so kalau makan tu berhati-hati la ye, takot pulak kena ragut dengan monyet kat sini yang tak takut pun dengan manusia.

Dalam masa 5minit berjalan korang akan jumpa Tasik Dayang Bunting, dekat tasik nie pun tak silap ada kisah tersendiri jugak,,ada la jugak yang kena sumpah, haish tapi saya malas nak share cerita tu nanti awak rajin awak google la ye. Saya share je gambar tasik tempat kami berkayuh boat Itik.

Ika dan Paan

Tasik nie agak besar jugak la dan berbaloi untuk kayuh sekeliling pulau, bayaran untuk boat itik RM10 jugak. Seronok la ada pasangan,,kalau nak buat satu pusingan dah makan masa 20min hihi dan nak kayuh boat itik nie takde limit pun kecuali kalau korang nak kena tinggal dengan boat asal korang datang ke Pulau nie la. HAHAHA. 

Kalau korang tak rajin nak kayuh Boat Itik, korang boleh la berenang-renang kat tasik nie. 

Pelantar

Nampak tak kat belakang saya tu ada besi pemegang macam selalu ada kat mana-mana swimming pool kan. Kat belakang tu korang boleh la berenang-renang macam anak-anak ikan. Jangan risau diorang dah letak jaring kat bawah tu dan siap sedia Life Jacket lagi, kalau tak reti berenang pun boleh la timbul ala ala Ikan buntal untuk fefeeling tertimbul-timbul. Bayaran tetap sama kalau nak berenang RM10 jugak. Ouh pandai mereka buat bisness kan. Baik awak duduk diam-diam dan nikmati pemandangan di sini tanpa buat apa-apa, jimat duit dan tenaga.



menuju ke Jeti Pulau Dayang Bunting,tunggu boat untuk ke Pulau Lang


Pulau Lang

Kat Pulau Lang nie kejab jer la, Abam Boat bagi umpan kat Helang-helang tu semata-mata kami boleh tengok dengan lebih dekat.


Pulau Beras Basah

Last sekali Pulau Beras Basah, kalau korang nak tengok air pantai jernih kat sini lah tempatnya, mostly Abam Boat akan letak kiteorang kat sini dalam 45min untuk pelancong-pelancong bermandi-manda. Tapi kami tak mandi pun cuma basahkan kaki je, dan melompat macam orang gila hahaha.

Model bidan terjun

Okay dah jum balek ke pangkal jalan. Selesai Island Hoping kami pun balek ke Hotel kepenatan. So petang tu kami pergi ke Kuah lagi beli chocolate, ya tak puas shopping chocolate kan. Pagi keesokannya adalah hari ke-4 kami pun balek. Tapi saya tak balek KL, saya minta mereka drop saya kat Jeti Kuah  untuk balek ke Pendang, Kedah dan mereka balek ke KL by flight. Setakat itu jer perjalanan Langkawi kami. sekian.



September, 16th 2015 : KEDONDONG WATER FALL dan GENTING HIGHLAND


Selepas Langkawi, kami pergi Genting Highland pula, post nie sebenarnya agak baru jugak la,, time selepas saya kerja di Nardell. Nanti saya akan post untuk next post ape berlaku di Nardell macam mana saya dapat kerja sana dan macam mana environment kat sana. Tapi sekarang saya nak cerita Trip BUMAS ke Kedondong Water Fall.

Post nie sempena cuti apa saya agak tak ingat lah, tapi nie adalah satu Picnic untuk merapatkan hubungan kami antara ahli group sebenarnya. Kalau tak silap kali nie KL tengah jerebu teruk, so kami pegi ke arah lain untuk ambil angin.

Kedondong Water Fall nie dekat dengan Genting Highland tu la next destinasi kat Genting, nampak permainannya. ;) 


Paan, Ijam dan Hafiz berusaha untuk nyalakan api
Bile kaum lelaki masak, turn kami untuk mandi manda dulu

Bile kaum adam dah melantak, time diorang pulak untuk berenang-renang ketepian

Batu-batu besar sesuai la sape nak buat terjunan ala ala gimnastik

Dari kiri: Ida, Wanie dan Rahil

Itakidimas! Terima Kasih untuk makanan nie..nom! nom!


Sebenarnya takde bende nak cerita sangat, sebab tak ingat dah sebab apa terjoin dengan diorang HAHAHAHA. Okay next saya share gambar ke Genting Highland pulak ye.


Tak sangka boleh jungle trekking kat sini.woah!

Sebelum nie, kak Nor merangkap kakak Ika yang cerita Sungai nie air die jernih kalau nak bandingkan dengan sungai-sungai lain kat selangor nie. So minggu sebelum tu Ika dan saya dah menjejak kawasan kat sini ditemani Encik BamBam(Bukan nama sebenar), nasib ada Bambam, kesian jugak minta die tolong pandu sampai Genting, habis berasap kereta die naik genting nie. Biar lah rahsia siapa die. Tapi terima kasih kerana sudi teman sampai Sg. Kendondong melawat kawasan.

Minggu sebelum tu sampai kat sini

Terima Kasih daun Keladi, moga next time terbalas budi. Ewah pandai pulak saya berpantun. Ihiks.

Okay sambung, tadi iklan kejab tetibe teringat Bambam, sekarang sambung trip BUMAS kat Genting Highland pulak. Selepas berkelah kat Kedondong Waterfall kami pun beredar dari sungai tu selepas pukul 2 petang disebabkan tak sebayang zohor lagi, kami pun mandi dan solat di surau berdekatan.

Next hentian, kat ladang Strawbery, destinasi wajib kalau dah sampai Genting kan. Mestilah menikmati buah Strawbery.

Sesi memetik buah ala ala petani kejab

time nie tak banyak sangat buah masak, rasa rugi pulak pegi petik sendiri hurmmm

Aktiviti wajib ambil gambar sambil makan ais krim satu malaysia perisa Strawberry asli

Repeat banyak kali jugak Ais krim strawbery nie, sedap masam-masam manis, biasa la buah strawberry kat Malaysia nie tak berapa manis dan kecik sikit kalau nak bandingkan dengan yang ada kat oversea. Tapi takpe lah janji ada jugak kat Malaysia, boleh fefeeling macam duduk oversea kan sambil kutip buah Strawberry tak gitu?

Selain tu ada pokok salad jugak, nampak fresh gitu!

dipaksa bergambar di mini Cameron Highlands

Tepi simpang pun boleh lepak ambil gambo alahai

Kali nie Wanie dan Ijam Ikut bersama tu ada nampak macam muka baru kan, perasan tak tengok gambar atas kat sebelah kanan yang pakai jacket koko dan baju belang hijau, tu Wanie dan Ijam. Last time diorang tak dapat ikut. So trip nie kali nie diorang ikut. Fefeeling parking tepi tu nasib ada kawasan lapang boleh hirup udara segar kat Genting Highland.

Sekian untuk post kali nie, agak mengantuk nak sambung lagi. Next post saya post benda menarik sikit ya. Terima Kasih membaca. Sila datang lagi. 



xoxo

No comments:

Post a Comment

~Rakyat Jelita~