Saturday, June 4, 2016

Outdoors Activities: Gunung Kemerlong


Hi Semua!

Event by Kemerlong Guides
04 June 2016
1.0 Sunrise via Bendang Man
706m 
Level: 3/10 (Beginner)
Lokasi: Daerah Sik, Kedah (Google maps: Latitude 5°50'31.74" , Longtude  100°50'18.19" )

tongkat ajaib setelah sampai puncak

Gunung ke-2 aku join selepas Pulai. Gunung tapi takde la tinggi sangat, tapi balek-balek hiking tu sakit otot jugak ooi. HAHAHA

Barang wajib bawak:-
-Air mineral 
-Air tenaga (eg: 100+, revive, etc)
-Glove
-Headlamp
-Insect repellent
-Kasut Hiking

Nasib baik ade chekYam, budak sekolah aku time tu cuti weekends so aku heret die sekali. Nasib ar die pon minat hiking, ye la takkan la budak wataniah tak boleh hiking kan,apedehal. Lepas tu aku ajak budak opis aku dua orang, Azri dan Fariza. 

Okay so, malam jumaat tu chekyam tido umah aku kejab, sementara Kimi NHC pick up kiteorang pukul 12 malam. Macam citer hantu pulak kan. So kiteorang gerak dari Pendang-Sik ambil masa dalam 1jam setengah kalau ko bawak slow, saje lah kiteorang gerak awal,sampai Sik kang boleh tido kat Masjid sementara tunggu timing meet point.

Pukul 2.30 am wajib ada di meet point, Petronas Sik. Selepas orang dah cukup kuota kami pun carpool pegi Bendang Man. Pukul 3.am naik Gunung Kemerlong. Ouh lupa nak habaq, trip kali nie misi mengejar Sunrise tu pasal kene naik sebelum subuh. HIHIHI gigih tak aku hahahaha. First time jugak la naik pagi pagi buta, kalau bapak aku tau habis kena parang nanti HAHAHA. 

Untuk pengetahuan korang, kiteorang first group yang buat misi mengejar Sunrise, sebelum nie diorang dok naik lepas subuh ja. Tu pasal nama event pon Sunrise 1.0. Kira kami la dok rasmi Gunung nie pagi-pagi buta.

Guider by Achik Kemerlong nah, bukan Achick Spin. ahaks. Dibantu oleh pasukan rela Kemerlong guides, Pukul 3 am tu Archik ade lah bagi briefing dan regangan otot sat, pantang larang masuk hutan biasalah yang naik nie semua budak baru belajar. 

Maaf la awal-awal mukadimah post nie boring sikit takde gambo nak selak, sebabnye naik pagi pagi buta, lampu pun takdak,guna headlamp ja. Kang ambil gambo, lain yang dapat. Opps! Gambar-gambar di bawah semua diwaktu siang setelah turun dari puncak.

Tak silap aku Gunung Kemerlong nie ade 5 checkpoint, ah sudah dah basi post nie, baru hari nie nak update. 

Starting point: Kebun Getah (3.30 am)

Permulaan trek nie kau kena lalu kampung orang, lalu belakang rumah orang lepas tu jumpa la pokok-pokok durian dan Kebun Getah.


Checkpoint 1: Kem Balak


Track awal-awal santai je, so kalau hari sebelum kau tak sempat buat regangan otot, boleh la kau menari-nari/lompak bintang  sepanjang laluan nie. Laluan nie dalam setengah jam ke Kem Balak, beberapa kilometer tak sempat kira..kau akan jumpa jalan nie nampak kayu balak orang tembang, buat contruction katanya. Ouh sedih pulak tengok hutan. Makin pupus ditelan era pembangunan. Nie gambor siang setelah turun dari puncak.

Checkpoint ke-2: Persimpagan 3.

persimpangan tiga sebelum jumpa track pacak

Persimpangan tiga nie maaf aku tak sempat ambil gambo checkpoint nie, yang penting persimpangan nie ade 3 simpang berbentuk tiga segi. Kalau kau dari kem balek pukul 6, kau kena ambil arah pukul 3. Kalau kau dah ade driving lesen kau paham arahan aku nie.

Checkpoint ke-3: Pacak.

Track nie bermula lah pacak sikit-sikit dan berduri

Hahaha sebenarnya aku tak ingat jugak checkpoint 3 nie, yang aku pasti lepas pilih simpang, kena jalan track lumpur dan kau akan jumpa sungai kecil mengalir sebelah kiri perjalanan korang. Lepas tu jumpa la track pacak 80 darjah,semestinya kau kene merangkak ala ala spiderman gitu..tapi jangan risau sekejab je track pacak nie, yang lain semua trek berduri hahaha. 

Checkpoint 4: Track Berduri.

Ini rupa trek berduri dan berlumpur (Gambar cc tu Zila zainol)

Gambar atas aku cilok dari camera kawan aku yang pernah naik Kemerlong sebelum nie, HIHIHI. Saje nak tunjuk gambaran Track berduri dan berlumpur. santai bukan? tapi santai-santai tetap berbisa. Kenapa? Sebab kau akan jumpa banyak pokok spesis berduri macam pokok salak. Harap harap kau kenal rupa pokok nie, kalau tak silahlah kau men'google sendiri. Perjalanan berduri kejab santai kejab pacak, ouh naik gunung itu biasa jumpa track begini. Yang penting semangat kena kuat dan stamina kena la ada.


Checkpoint 5: Puncak Gunung Kemerlong (6.30 am)

Alhamdulillah sempat kejar sunsrise
Alhamdulillah sampai puncak, sempat jugak la solat subuh kat atas tu,Perkara paling risau naik trip pagi nie adelah solat. Kalau tak jumpa port sesuai, memang kau solat duduk atau subuh gajah la kau dapat. Ingat pegi mana-mana jangan tinggal solat. Allah ada dengan kau sentiasa. HIHIHI

Dari checkpoint 4 ke puncak nie macam biasa la dengan bukit-bukit dan gunung-gunung lain mesti la secara tak langsung pacak dan curam sikit kan.

Nah aku belanja sikit gambar kat atas puncak. Gambar banyak guna go-pro budak group tapi sampai sekarang aku tak ambil kat diorang. HAHAHA. So aku belanje gambor camera cikai aku nie. Maaf la kalau blur blur sikit tu.

Sunrise Gunung Kemerlong

View Bendang Man

view Bendang Man

depan tu aku taktau la bukit apa =.="

Seketul batu di puncak Kemerlong

Rehat-rehat bersuai kenal

naik gunung ke bukit jangan lupa bawak "hammock" boleh la tido lena sat

Acik and the geng

So korang sesape plan nak naik gunung Kemerlong boleh la contact Achick Kemerlong(+601131252536) atau like Pages Gunung Kemerlong kat facebook. 

Thank you Achick dan umi and the geng untuk guide kali nie. Terima kasih kepada mereka menceriakan suasana. Harap post nie membantu bagi mereka yang planning hiking Gunung Kemerlong.

Nah aku belanje gambor awan karpet Kemerlong, nie aku ambil dari fb Gunung Kemerlong. Sekian.  ^_^

credit to pages Gunung Kemerlong

Adios!












No comments:

Post a Comment

~Rakyat Jelita~